• Posted by : Unknown Mei 18, 2013


    Sony menyatakan bahawa peranti Playstation 4 ini dua belas kali lebih berkuasa daripada Playstation 3, mesin permainan baru ini mempunyai ciri-ciri sosial baru yang membolehkan pemain membuat rakaman klip permainan sewaktu bermain dengan hanya menekan satu butang kawalan.PlayStation 4 juga turut menambah pelbagai ciri-ciri baru sosial seperti integrasi Facebook, dan rangkaian sosial yang lain.



    Sony juga memperkenalkan butang kawalan yang baru diberi nama “Dualshock 4″, analog stick ini di lengkapi dengan  touchpad, dan lightbar, yang membolehkan kamera berasingan mengesan pergerakan pemain dalam  bentuk 3D  bagi permainan yang memerlukan pengesan pengerakan.
    Playstation 4 juga dilengkapi dengan  perkhidmatan Cloud Server dimana sistem ini membolehkan pemain membeli  sebarang permainan secara terus melalui  talian tanpa menganggu permainan yang sedang dimain, ini kerana proses memuat-turun berjalan di latar belakang.
    Pemain boleh memberi kebenaran kepada rakan-rakan yang lain untuk mengambil alih kawalan secara online sekiranya pemain mengalami masalah untuk menyelesaikan sesuatu misi didalam permainan ataupun tersangkut. Sistem ini menggunakan teknologi dari Gaikai – perkhidmatan berasaskan Cloud Sony yang dibeli pada tahun lepas yang bernilai $380 juta dollar sebelum ini.
    Teknologi ini juga  digunakan untuk membenarkan permainan dari Playstation 4 ini distrim dan dimainkan melalui konsol Sony Vita yang dilancarkan pada tahun lepas. Walaupun masih tiada tarikh rasmi pelancara Playstation 4, tetapi  konsol ini dijangka akan berada di pasaran kira-kira pada Oktober 2013 ini, di mana ia akan terus memberi saingan hebat kepada Xbox 360 dari Microsoft dan Wii U dari Nintendo.
    PlayStation 4 dikuasakan oleh an x86 “Jaguar” prosessor AMD dengan lapan teras CPU, GPU dipertingkatkan dengan 18 berkebolehan 1.84 TFLOPS, 8GB RAM GDDR5, 802.11n Wi-Fi, Bluetooth 2.1, USB 3.0, HDMI In-Out optik port. Ia juga akan didatangkan dengan controller Sony DualShock 4,  touchpad, satu kamera stereo untuk mengesan kedudukan 3D, satu butang perkongsian yang membolehkan pengguna strim permainan mereka kepada rakan-rakan dan lain-lain ciri yang baru dan moden.
     
    Pelbagai trailer permainan baru untuk PS4 mula dimuatkan ke internet dan antara yang amat dinantikan tentulah game dengan grapfik yang hebat seperti Deep Down, Infamous: Second Son, Kill Zone: Shadow Fall, Watch Dog dan pelbagai lagi.


    0 komentar

  • Copyright © 2014 - K-OS SMKTAG- All Right Reserved

    K - OS SMK-TAG Surabaya Powered by Blogger - Di Desain oleh Johanes Djogan dan Admin SMK-TAG